
fitrirazak98
5 tahun
Penawar stroke ……
Menghidap stroke bahagian tubuh belah kiri apa patut dilakukan selepas itu . Stroke ini makan masa berapa lama untuk pulih?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, stroke adalah sejenis kerosakan otak yang terjadi akibat terhentinya aliran darah dan oksigen ke otak akibat adanya sumbatan ataupun akibat adanya saluran darah yang pecah. Apabila seseorang itu terkena stroke di satu sisi otak, bahagian tubuh yang dikontrol oleh otak tersebut akan terkena kesannya. Ini menyebabkan pesakit hilang keupayaan motorik iaitu kebolehan untuk menggerakkan semua bahagian tubuh di sisi tersebut.
Harus diingatkan bahawa proses penyembuhan stroke tidak mengambil masa yang sekejap. Tergantung kepada tahap keparahan kerosakan yang terjadi, perbaikannya mengambil masa bertahun-tahun, minimum setahun. Justeru, nasihat saya adalah agar tuan mematuhi arahan pengubatan daripada pihak hospital dan doktor seperti memakan ubat, jaga tekanan darah dan kandungan kolesterol serta rutin menghadiri sesi rehabilitasi seperti fisoterapi, terapi pekerjaan, terapi percakapan dan sebagainya. Dalam usaha mempercepat penyembuhan, terdapat pusat kesihatan yang menyediakan terapi secara intensif selama beberapa minggu.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.