
Sulit
4 tahun
Pencegahan kehamilan untuk lelaki
Selain pil perancang dan suntikan untuk wanita, adakah terdapat kaedah lain seperti pil dan sebagainya untuk lelaki

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kebiasaannya lelaki hanya perlu memakai kondom atau elakkan dari melakukan ejakulasi ke dalam faraj wanita untuk mengelakkan isterinya mengandung.
Namun, ejakulasi ke luar faraj wanita adalah tidak menjaminkan untuk elakkan wanita mengandung kerana sebelum ejakulasi berlaku, terdapat kemungkinan sperma sudah keluar walaupun dalam kuantiti sedikit.
Oleh begitu, adalah digalakkan lelaki untuk memakai kondom atau melakukan pembedahan vasektomi di mana saluran dari buah zakar ke alat sulit lelaki itu dipotong sedikit dan sperma tidak boleh dirembes keluar.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah