Sulit
5 tahun
Pencerahan berkaitan incubation 14 hari COVID
Dr., boleh saya dapatkan pencerahan berkenaan incubation period 14 hari COVID. Selepas 14 hari dijangkiti baru akan menunjukkan simptom (atau boleh menunjukkan simptom sebelum tempoh 14 hari) atau 14 hari jangka hayat virus?
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Gejala COVID akan timbul dalam masa 14 hari. Itu yang dimaksudkan oleh tempoh inkubasi.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.





































