
Sulit
5 tahun
Pencerahan pemakaian topeng muka pakai buang
Hai. Nak tanya selamatkah penggunaan topeng muka pakai buang yang dibeli dari pengeluar negara di China? Mohon penjelasan. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda. Saya fahami tentang kebimbangan anda memandangkan wabak COVID19 sedang berleluasa. Virus ini boleh hidup selama 24 jam pada permukaan. Maka, jika tempoh untuk tiba dari China ke Malaysia melebihi tempoh tersebut, ia selamat digunakan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih sekali lagi. Saya berharap jawapan yang telah saya berikan boleh membantu anda.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini