
Sulit
3 tahun
Penceraian disebabkan masalah luar kawalan
Saya telah bercerai dengan isteri setelah saya memukul isteri saya tanpa sedar dalam satu pertengkaran. Sekarang saya tinggal bersendirian dan menyesal perkara itu dan stress berulang kali.
Saya pun keliru nak cerita masalah saya dari mana. 2 3 bulan sebelum penceraian, isteri saya telah meminta saya menceraikan dia dengan alasan yang saya rasa tak wajar kerana boleh dibawa berbincang. saya telah bertahan dlm 2 3 bulan dengan memujuk dan bersabar. hinggalah pada satu malam berlaku pertengkaran antara kami. Selama 10 tahun berkahwin saya tidak pernah memukul isteri saya dan saya sayang dia. ketika pertengkaran dia menjerit hingga saya berdesing dan hilang kawalan.
Masalah yg saya nak tanya adalah adakah saya mempunyai masalah mental. masalah hilang kawalan agak serius bagi saya. hinggakan pernah bos saya menjerit kat orang lain. tp saya yg berdesing dan tiba2 hilang kawalan, hampir saja kerusi ofis dilontarkan kepadanya. tp hilang kawalan itu cuma dlm beberapa saat saje dan sy tersedar. banyak lagi peristiwa sebelum itu, hingga melibatkan senjata pn pernah. Saya biasanya seorang yg rasional. Akibat perkara luar kawalan ini hingga berlaku perpisahan. kini saya jadi lebih stress lebih2 lagi saya sebatang kara.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah kemarahan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kemarahan sering dikaitkan dengan masalah kesihatan mental. Ia perlu diambil serius kerana masalah kemarahan yang tidak dirawat boleh mendatangkan bahaya kepada diri anda dan orang sekeliling. Seperti yang anda maklumkan, anda hilang kawalan lalu memukul isteri anda. Anda juga menyatakan bahawa peristawa hilang kawalan berlaku beberapa kali yang pernah melibatkan senjata. Oleh itu, anda perlu merujuk kepada doktor secepat mungkin untuk menangani masalah anda.
Punca-punca masalah kemarahan adalah :
- Tekanan
- Kemurungan
- Keresahan
- Bipolar mood disorder
- Kecederaan pada otak
- Ketumbuhan pada otak
Kami amat menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar psikiatri supaya masalah anda dapat diketahui puncanya. Anda boleh merujuk kepada doktor pakar psikiatri kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.