
Anonymous
5 tahun
Pencuci wajah yang mengandungi sles
Saya wanita 20 an. Baru2 ini terbaca mengenai kesan buruk sls atau sles yang ada di dalam kebanyakkan produk pencuci wajah. Saya telah mengunakan satu produk pencuci wajah yang mengandungi sles selama lebih 5 tahun. Sepanjang itu saya belum pernah mengalami kesan buruk sles seperti dinyatakan… Perlulah saya menukar produk pencuci wajah saya untuk mengelakkan kesan buruk jangka panjang?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sekiranya anda menggunakan produk yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia, kualiti serta keselamatan pengguna adalah sentiasa diutamakan. Namun begitu, apabila mengenai produk untuk kulit, ianya mungkin berbeza mengikut individu. Sekiranya anda telah menggunakan produk yang sama dan telah menghadapi gejala kulit seperti gatal, luka dan sebagainya, anda boleh berhenti menggunakan produk tersebut dan dapatkan nasihat dari farmasi ataupun pakar kulit. Sekian.