Anonymous
4 tahun
Pendarahan 1st trimster
Saya wanita berumur 32, tgh mengandungkn ank pertama . saya br sedar selepas buang air kecik , ade darah dkt seluar dalam saya , ada kah ini normal atau pn sy perlu bjmpa dgn doc utk mendapatkan kesahihan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama
- Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
- Kehamilan molar menyebabkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbahaya tetapi dalam kes yang luar biasa, tisu ini boleh wujud sebagai kanser.
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.