
Sulit
3 tahun
Pendarahan atau haid
Sy wanita berusia 28thn, sudah bkahwin. Sblm ni haid sy teratur hingga bln Mac 2021, mula xteratur. Lewat haid 2minggu & kemudian haid dtg dlm tempoh singkat dan jumlah yg sikit. Masuk bln April smp Jun, sy langsung xdtg haid. Kemudian haid dtg dgn jmlah titisan dan sedikit dari 18/6/21-4/7/21. Dan haid dtg lg pada 19/7/21-sekarang(7/8/21). Boleh sy tahu apa masalahnya.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala haid tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.