
Anonymous
6 tahun
Pendarahan berlaku kandungan 14 minggu
Saya Beras is 26 tahun dan sekarang hamil anak pertama 14 minggu… kandungan saya didiagnoskan berisiko kerana saya mempunyai bicornuate uterus. Saya telah mengalami pendarahan semasa membuang air Kecil. Pendarahan hanya sikit dan sekejap. Adakah ianya merbahaya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Selepas pengesahan kehamilan, sebarang pendarahan yang terjadi adalah sesuatu yang perkara yang perlu diambil serius. Pendarahan yang berlaku boleh disebabkan oleh:
- keguguran
- trauma peranakan
- masalah kedudukan kandungan
- masalah implantasi kandungan
- jangkitan kuman di saluran kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!