
Anonymous
5 tahun
Pendarahan bewarna coklat sebelum haid
sya ingin bertanya bagi pihak kawan saya.
Saya wanita berumur dalam lingungan 20 han tahun dan masih berkahwin. Sejak kebelakangan ini,haid saya jadi tidak menentu. Kali terakhir saya datang haid adalah pada 23 April hingga 3 May lepas dan sepatutnya tarikh haid seterusnya pada 23 May lepas akan tetapi sya lewat selama 9 hari sebelum ada darah keluar pada 1 Jun. Namun ianya hanya sedikit semasa saya buang air kecil dan hanya tompokan coklat selama sehari selepas itu.Seterusnya hanya keluar keputihan pekat bewarna putih. Semalam terdapat lagi darah yang keluar seperti 1 jun lepas dan selepas itu kembali menjadi keputihan bewarna putih. Sebelum ini tidak pernah lagi terjadi seperti ini. Boleh Doktor beri pendapat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami akan kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh anda.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid coklat ataupun dikenali sebagai spotting. Antaranya ialah:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.