
Sulit
5 tahun
Pendarahan coklat sedikit selepas seminggu last haid
Saya wanita 30 an. Memang teringin untuk mengandung. Tetapi sekarang belum ada zuriat. Anak dah 6 tahun. Piried saya dahulu kebiasaan 7 ke 8 hari. Sekarang piried saya kebiasaannya 5 ke 6 hari. Soalan saya adakah tanda2 saya hamil kerana saya piried pada 28hb 8 dan last piried pada 1hb. Pada 10hb ada satu kali keluar darah coklat. Pada 11hb juga sama satu kali. Tanda2 lain tiada. Adakah ada masalah lain. Untuk pastikan saya betul2 mengandung adakah perlu tunggu tarikh saya sepatut haid nanti.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ovarian cyst
- Adenomyosis
Untuk mendapatkan kepastian bahawa hamil, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan fizikal dan ujian darah. Anda juga boleh cuba UPT test sementara menunggu hari temu janji bersesuaian dengan doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.