
Sulit
4 tahun
Pendarahan dalam jangka panjang
Kuar darah sikit boleh Tak minum ubat acid tranexamic Dan sunolut ? Sebelum Ni Mase pendarahan saya Ada minum ubat tu , skrg dah sikit kuar boleh lagi Tak

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, ubat tranexamic acid berfungsi untuk menghentikan darah haid yang keluar berlebihan ketika waktu haid dan ia merupakan bahan yang bukan hormon, bermaksud ia tidak mempengaruhi kitaran haid dan juga kesihatan rahim anda secara am.
Secara kontrasnya, Sunolut adalah ubat yang digunakan sekiranya seseorang itu mengeluarkan haid yang berlebihan atau jika mereka menghadapi haid yang tidak teratur disebabkan oleh punca organik yang berlaku atas rahim. Ia membantu dari segi mempengaruhi lapisan dalam rahim kerana ia merupakan sesuatu hormon seperti progestogen.
Kami sarankan anda bertanyakan dengan doktor anda yang berdekat mengenai punca masalah haid anda dengan lebih lanjut sebelum menggunakan produk-produk yang disebut tadi. Anda juga boleh Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.