
shimaakmaasukri
5 tahun
Pendarahan dalam pantang
Assalamualaikum dan selamat pagi doktor. Saya berumur 26 tahun , hari ni hari ke 36 saya berpantang. Saya terpaksa TOP disebabkan baby abnormal. Saya induce + normal tanpa jahitan. Pada hari ke 34 pantang, darah merah kembali keluar dalam kuantiti yg agak banyak. Pagi ni saya dah guna 2 pad dan darah sgat merah. Saya nak tanya, tu tanda nya darah haid atau nifas ye? Atau berlalu tumpah darah? Terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, itu adalah darah haid. Namun yang demikian, jika pendarahan terlalu banyak dan menyebabkan gejala seperti sesak nafas, pitam, jantung berdebar dan pengsan, anda harus terus ke hospital.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara percuma. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, darah nifas selalunya berlaku untuk 6 minggu. Pendarahan tersebut boleh dijejaskan oleh sama ada puan memberi susu badan, tempoh selepas kelahiran, masalah pendarahan atau sebarang jangkitan. Tempoh pemulihan uterus selepas melahirkan anak juga bergantung kepada hormon wanita. Pemberian susu badan pula mampu menjejaskan tahap hormon dalam badan.
Jika anda mengalami simptom berikut, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor kerana tanda-tanda ini mungkin menandakan anda sedang mengalami jangkitan atau masalah lain yang mungkin serius.
- Pelepasan nifas, atau lokia, yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan
- Anda menggigil atau demam
- Gatal kemaluan
- Sekiranya pendarahan kekal merah terang dan banyak seperti pendarahan pada minggu pertama
- Jika perut anda terasa sakit pada sebelah atau kedua belah perut
- Sekiranya pendarahan menjadi sangat banyak secara tiba-tiba sehingga perlu menggunakan lebih dari satu maxi pad setiap jam.
- Sekiranya pendarahan menjadi lebih banyak dan berwarna merah terang selepas empat hari selepas bersalin, walaupun anda berehat dan tidak melakukan aktiviti berat.
- Sekiranya keluar banyak darah beku yang lebih besar daripada sekeping 50sen.
- Anda merasa pening, pitam atau menjadi lemah
- Denyutan jantung anda menjadi tidak teratur atau menjadi laju.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.