
Sulit
4 tahun
Pendarahan dan sakit pinggang selepas jatuh
Saya perempuan berumur 24 tahun. Ada sejarah sakit endometriosis dan pernah laparoscopy pada bulan 6, tahun 2019. Saya nak tanya, Semalam saya terjatuh di bilik air, pinggang dan perut bahagian bawah sangat sakit. Selepas 1 jam berlaku pendarahan sikit berwarna merah dan tekak saya rasa loya. Harini masih sakot di bawah dan makin loya. Badan tak larat. Adakah normal dan apakah maksud simptom tersebut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Maklumat yang disampaikan adalah terhad dan menyukarkan pihak kami untuk melakukan penilaian. Terdapat beberapa maklumat dan pemeriksaan fizikal yang perlu dilakukan kepada anda sebelum kesimpulan dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, anda telahpun terjatuh di dalam bilik air. Keadaan ini menyebabkan :
- Sakit perut bahagian bawah
- Sakit Pinggang
- Mual
- Pendarahan
Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan kecedaraan dalaman selepas anda jatuh di dalam tandas. Anda disarankan untuk berjumpa doktor secepat mungkin, lakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi. Dapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih