
Sulit
4 tahun
Pendarahan dan sakit senggugut teruk
assalamualaikum dan hai…
saya berusia 27 tahun. mengalami masalah haid berpanjangan selama 4bulan namun darah keluar sikit2. saya mengambil keputusan utk berjumpa doktor dan darah semua telah di ambil. doktor membekalkan saya dengan ubat medroxyprogestrone dan tranexamic acid. setelah habis ubat di makan, saya mengalami pendarahan teruk dan sakit yang luar biasa pada rahim. saya menelan panadol untuk menghilangkan rasa sakit. hari ni sudah hari ke 3 saya bergantung kepada panadol untuk tidur dan menghilangkan rasa sakit. mohon dibantu. terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumussalam, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan anda terhadap masalah yang anda hadapi.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami senggugut yang teruk dan pendarahan berlebihan:
- Gangguan stress
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Penyakit keradangan di bahagian peha yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infection) atau jangkitan salur kencing (UTI). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah sakit ketika kencing
- Kanser ovari atau rahim
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Ubat medoxyprogesterone diberikan untuk mengawal kitaran haid anda dan tranexamic acid pula untuk mengawal pendarahan.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.