
Sulit
5 tahun
Pendarahan di awal kehamilan dan adakah ia risiko utk gugur?
Saya wanita dan kini hamil 6weeks.Pagi tadi sy rasa mcm basah dia area vagina then sy ambil tissue utk wipe dan disitu ada sedikit darah color merah but more to brownish…buat ms skrg sy takde rasa sakit dibahgian perut ataupon ari2.Soalan sy adakah sy mengalami simtom utk gugur?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala yang anda alami. Untuk menjawab soalan anda, berikut merupakan tanda keguguran.
- Pendarahan ataupun dikenali sebagai spotting. Ciri-ciri darah gugur adalah bergantung kepada keseriusan sakit yang dialami oleh pesakit. Ada yang dalam kuantiti banyak dan ada yang hanya secalit seperti spotting. Pada awal kandungan, pendarahan keguguran boleh untuk disalahtafsirkan sebagai haid namun bagi fenomena ini, pendarahan lebih teruk dan berpanjangan.
- Sakit perut seperti memulas atau rasa seperti mahu beranak. Namun sakit perut keguguran selalunya berlarutan.
- Terdapat ketulan daging mengalir bersama darah dan ini merupakan janin yang telah terkeluar ataupun gugur.
- Perubahan yang sering dialami pada awal kandungan seperti sakit pada payu dara, muntah serta loya akan terhenti secara mendadak atau tiba-tiba. Ia juga boleh menjadi petanda bahawa bayi mungkin telah gugur atau tidak bernyawa. Namun harus juga diketahui bahawa kesemua simptom ini akan juga berakhir pada pertengahan kandungan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Maklumat lanjut diperlukan bagi memberi jawapan yang dikehendaki. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.