
rohayu966
5 tahun
Pendarahan di luar waktu haid
Saya berumur 45 thn. Dignosed ovarian cyst awal januari 2019. Cycle period regular 26 - 28 hari. Tempoh 5-7 hari.
Selepas kering haid kdg day ke 3 akan keluar lagi darah tp berwarna coklat . Ianya tidak banyak. Selepas tu kering kemudian akan keluar lg beberapa hari kemudian…sehingga ke period yg akan datang. Ada masa saya rasa sakit yang teramat d tempat cyst. Doktor sekadar membekalkan ubat tahan sakit n juga ubat untuk mengurangkan pendarahan yg perlu saya ambil di awal period untuk selama 5 hari…
Ujian pap smear saya negetif
Ianya mengganggu saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
1.Tekanan hidup.Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
2. Berat badan yang terlalu rendah atau berlebihan.
3. Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga.
4. Penggunaan pil perancang keluarga
5. Masalah tiroid
Darah hitam atau merah sangat gelap biasanya darah lama yang akan dikeluarkan bersama dengan darah baru. Keadaan ini tidak perlu dikhuatiri . Pada penghujung tempoh haid anda, ia mungkin berwarna hitam, merah jambu, atau coklat. Cecair coklat atau ‘spotting’ hanyalah sebahagian daripada “proses pembersihan” apabila badan anda membuang lapisan rahim.
- Oleh itu, apabila darah haid berwarna hitam atau coklat gelap, biasanya ia bermakna ada darah lama yang masih mengalir. Bergantung pada jumlah darah haid bersama-sama dengan darah lama, warna darah boleh bertukar antara coklat atau coklat gelap atau hitam.
Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih