
Sulit
4 tahun
Pendarahan di vagina
Hii…Sy nk tny…sy mengalami pendarahan kecil 2 3hri ini beserta rasa seperti senggugut(tetapi tidak terlalu sakit dan tidak kerap)…kalau diikutkan kitaran haid sy ialah 28hari…dan sepatutnya sy period pada rabu 18/11 ini…Adakah normal atau sy mempunyai masalah lain doc.?tq…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur dimana anda didatangi haid sebelum 18/11 seperti yang dijangkakan. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa yang boleh membuat kitaran haid tidak teratur, seperti:
• Gangguan hormon
• Penambahan atau pengurangan berat badan secara mendadak
• Aktiviti olahraga yang berlebihan
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika simptom anda masih berpanjangan. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!