
Sulit
4 tahun
Pendarahan disebabkan terlupa pil perancang
Saya wanita berusia 40 tahun dan sedang mengambil pil perancang marvelon (sudah 3 bulan). Untuk kitaran terdahulu, pil saya bermula pada 10 april 2020 - 30 april 2020 dan telah mengalami haid pada 4 may sehingga 11 may. untuk kitaran terbaru pil saya bermula pada 8 May 2020. Walaubagaimana pun, saya telah terlupa mengambil pil pada 12 dan 13 may menyebabkan berlaku pendarahan pada 14 may. Adakah pendarahan ini dikira sebagai haid utk kitaran baru?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dialami. Sebetulnya, ia dikenali sebagai breakthrough bleeding. Ia bukanlah dikira period yang biasa. Namun, anda harus meneruskan pil perancang tersebut sehingga habis dan suami anda harus menggunakan kondom jika ingin bersama.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.