
Anonymous
5 tahun
Pendarahan faraj berlanjutan
Hi … saya berumur 28 thun dan sdh berkahwin. Last haid sy pada 13/5. Dan haid semula pada 13/6. Sy masih keluar darah sampai hairini kdg2 bewarna kecoklatan , merah gelap. Doktro scan xda apa2 ktumbuhan. Selepas itu dktor buat upt samar samar postive. tiga hri selepas tu upt negative. Dan sy buat smula upt negative juga. Masalah sy disini dktr sy masih bleeding smpi harini. Apa sbnr nya trjadi dgn sy doc. Sy risau akan kehamilan ektopik . Mohon penjelasan .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Darah berwarna coklat selepas kedatangan haid untuk sementara memang normal bagi para wanita. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda. Kebiasaannya haid berlaku selama 3 hingga 5 hari.
UPT yang samar-samar positif serta scan yang negatif bukan keputusan akhir untuk tanda kehamilan. Kehamilan ektopik memerlukan pemerhatian perubatan untuk tempoh waktu beberapa minggu untuk mencapai diagnosis. Cik mungkin berdarah sehingga hari ini akibat stres atau pengambilan ubat-ubatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.