
Sulit
5 tahun
Pendarahan hamil 6minggu
Saya baru hamil 6 minggu dah nk dekat 7 minggu… Ad pendarahan sikit yg keluar… Adakah normal atau keguguran… Saya pernah gugur tahun lepas

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah pendarahan diawal kehamilan boleh disebabkan:
- Kehamilan kembar
- Kehamilan luar rahim
- Keguguran
- Masalah pembekuan darah
- Masalah firoid atau polip dalam rahim - jarang berlaku
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.