
Sulit
4 tahun
Pendarahan implantasi banyak
Hi doctor,saya nak tanya kenapa darah implantasi banyak dan sakit perut,darah yg keluar berwarna merah gelap banyak selama 3 hari dan hari ke 4 keluar hitam pula.
Adakah itu darah implantasi atau lain²
Tambahan lagi,semasa sy bersama suami sy melakukan hubungan intim kali pertama adakah selepas bersama keluar keputihan selama pendarahan implantasi keluar.Adakah perlu saya jumpa Dr untuk pemeriksaan lebih lanjut?

4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat tengahari. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang pertanyaan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
- Darah Implantasi
Darah implantasi ditakrifkan sebagai pendarahan ringan vagina yang berlaku di luar jangka masa kitaran haid biasa anda. Biasanya, darah implantasi hanya melibatkan sejumlah darah yang sedikit ataupun tompokan. Anda mungkin akan menyedarinya ketika anda menggunakan tandas, atau di seluar dalam anda.
- Darah implantasi tidak akan berlaku melebihi dari 24 hingga 48 jam
- Pendarahan ringan dan biasanya berwarna coklat, merah jambu, atau hitam
- Kekejangan rahim yang lebih ringan (atau tidak ada)
- Darah Menstruasi
- Pendarahan selama 3 hingga 7 hari, 2 hingga 3 hari pertama adalah darah merah terang
- Pendarahan bermula dengan banyak pada permulaan dan sedikit hingga akhir
- Kekejangan rahim yang lebih teruk, yang boleh berlaku sebelum pendarahan dan berterusan selama 2 hingga 3 hari.
Untuk makluman anda, keputihan merupakan fenomena normal yang sering berlaku keatas wanita, namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit. Bagi memudahkan pemahaman, keputihan boleh dicerakinkan kepada dua klasifikasi besar iaitu keputihan yang berlaku disebabkan fisiologi normal badan ataupun berpunca daripada sakit penyakit atau juga dikenali sebagai patologik.
- Keputihan fisiologi
Keputihan fisiologi selalunya hadir pada ketika wanita itu sedang subur ataupun sebelum datang haid. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.
- Keputihan patologik
Bertentangan dengan ciri-ciri keputihan fisiologi, keputihan patologik kebiasaannya berwarna kuning, hijau dan ada kalanya berwarna kelabu mengikut jenis patologi atau penyakit yang berlaku. Keputihan patologik berlaku pada ketika seseorang itu mengalami jangkitan atau keradangan. Ciri tambahan yang ada pada keputihan patologik ialah ia selalunya menyebabkan pesakit mengalami kegatalan pada kawasan kemaluan. Permukaan kulit pada faraj pesakit juga akan kelihatan kemerah-merahan dan berbintik. Bagi keputihan jenis ini pula, tekstur lendir yang dikeluarkan terasa melekat dan berbau. Keputihan patologik memerlukan rawatan yang terperinci kerana ia menandakan bahawa seseorang itu mengalami penyakit.
Terdapat beberapa punca keputihan patologik, antaranya ialah:
- jangkitan kuman (parasit, bakteria dan yis)
- ketidaksemibangan hormon
- masalah kesihatan
- gaya hidup yang tidak sihat
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.