Sulit
4 tahun
Pendarahan in pregnant
Sy umur 35,mengandung 7mgg dan mengalami sakit perut berserta darah keluar byk pd hari pertama,dlm byk darah keluar terdapat 1ketul darah diselaputi warna putih,sy ingtkan dah gugur tp bila scan kandungan ada lagi,persoalan sy apakah yang keluar seketul itu…(pernah mengalami keguguran 2tahun lepas dan keluar darah mcm tu jgk) confirm kandungan dah tiada masa gugur 2tahun lepas…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah ketulan darah yang diselaputi warna keputihan ketika dalam kandungan 7 minggu. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah anda iaitu:
- Keguguran. Walaupun scan masih normal, ia boleh menjadi salah satu petanda awal keguguran (threatened abortion) dimana janin anda berisiko untuk menghadapi keguguran.
- Jangkitan kulat. Jangkitan kulat kerap berlaku dalam segolongan wanita yang mengandung dan ia boleh menyebabkan keguguran
- Leukorrhea atau dikenali sebagai discaj kehamilan. Ia disebabkan oleh aliran darah yang meningkat di rahim menyebabkan pengluaran lendiran putih lebih banyak daripada sebelum hamil.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekali lagi mengenai masalah ini kerana ia boleh merupakan perkara yang serius. Sementara itu, kami nasihatkan anda untuk melakukan yang berikut bagi menjaga kesihatan rahim dan bayi anda agar mengelak daripada keguguran:
- Banyakkan makan makanan mengandungi asid folik dan vitamin B
- Makan makananan yang mengandungi zat besi
- Pastikan makan makanan yang berkhasiat
- Jaga kebersihan diri sepanjang kehamilan
- Kurangkan stress dan cukupkan rehat.
Sila berjumpa dengan doktor anda dengan secepat mungkin sekiranya anda mengalami sebarang pendarahan serta sakit senggugut secara tiba-tiba. Untuk mengetahui lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.