
Sulit
4 tahun
Pendarahan keguguran
saya wanita umur 22 dan alami keguguran . ingin bertanya kpd doktor adakah sy mengalami jangkitan kuman kerana darah coklat sy berbau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, antara gejala jangkitan kuman sewaktu keguguran adalah seperti berikut:
- demam
- sakit perut/pinggang
- selesema
- sakit badan
- cecair coklat yang berbau seperti yang anda alami
- pendarahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.