yinyasmin
4 tahun
Pendarahan kehamilan
Hi…sy berumur 40 tahun dan mempunyai 3 org anak yg berumur 13 tahun, 8 tahun dan 3 tahun. Sy pernah mengalami keguguran sebanyak 3 kali (d & c sekali). Pd 7.6.19 sy telah membuat ujian kehamilan dan ianya positif hamil. Tetapi selepas pulang dr kampung yg perjalanannya selama 7 jam secara tiba2 terdapat pendarahan darah beku tetapi tidaklah secara berterusan. Sehari ada kemudian xde plak. Sy masih belum membuat pemeriksaan di mana2 klinik kerana risau jika masalah keguguran akan berlaku. Adakah jika sy menguji alt kehamilan dan drp positif boleh bertukar kepada negatif jika keguguran berlaku?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini.Terdapat beberapa sebab anda mengalami pendarahan pada awal kehamilan.Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi: Terdapat sejumlah kecil darah yang terhasil sewaktu implantasi embrio ke dinding rahim dan ia adalah sesuatu yang normal.keletihan, mual dan muntah.
- Keguguran yang terancam: Anda mungkin diberitahu bahawa anda mempunyai keguguran yang terancam jika anda mengalami pendarahan atau kekejangan di bahagian bawah abdomen.
- Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopian.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.