
Sulit
4 tahun
Pendarahan keluar semasa hamil 8 minggu lebih
Saya wanita berumur 31 tahun dan sekarang hamil anak pertama dalam 8 minggu lebih. Saya telah mengalami pendarahan yang amat sedikit bercampur dengan keputihan. Namun, pendarahan tersebut hanya akan keluar jika saya merasa sakit pada bahagian pinggang atau rahim. Adalah ianya normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah pendarahan ketika sedang hamil, seperti:
- Keguguran
- Kecederaan pada dinding faraj
- Jangkitan salur kencing
- Karang salur kencing
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan anda sedang hamil, perkara ini memerlukan perhatian anda dan doktor kerana punca pendarahan tersebut diketahui dan rawatan perlu diberikan untuk mengurankan kesan dan risiko terhadap anda dan janin.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.