
azawaniew
6 tahun
Pendarahan ketika hamil
Saya wanita dalam 20’an. Saya megalami pendarahan hari kelima. Saya pernah alami keguguran sebelum ni. Saya mengalami pendarahan yang banyak. Pendarahan yang on/off. Saya berjumpa doctor pakar. Then doctor sahkan ada luka di dinding rahim. Doctor bagi saya ubat kuat kan rahim. Tp samapai sekarang darah masih ada. Apa punca dan berapa lamaa pendarahan boleh terhenti?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas.Kemungkinan pendarahan berlaku disebabkan oleh implantasi kehamilan tetapi terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih