
Sulit
5 tahun
Pendarahan ketika mengandung lepas operation
Sy 25 thn mengandung anak pertama. Baru lepas operation 1/08/2019 buang twisted ovarian cyst. Sy bleeding 4 hari selepas operation. Bleeding selama 4 hari tak berhenti. Dah pergi hospital baby okay, jalan tak buka… Cuma banyak lendir darah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan pembedahan ovari
- Keguguran - gejala lain seperti sakit perut/pinggang, kurang berat badan
- Jangkitan dalam rahim
- Masalah fibroid/polip
- Masalah pembekuan darah
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.