
Sulit
3 tahun
Pendarahan masih berterusan selepas membuka IUCD
saya wanita berumur 47 tahun dan telah memakai iucd selama 12 tahun. baru-baru ini saya telah membuka iucd dan mengambil suntikan hormon sebagai langkah pengcegahan kehamilan. saya megalami pendarahan selama sebulan dan masih tidak berhenti sampai sekarang. darah yang keluar kadangkala berwarna merah fresh dan berketul. saya risau dengan keadaan ini, adakah ini adalah normal selepas membuka iucd? adakah ini diklasifikasikan darah haid atau darah istihadah? bagaimanakah dengan solat saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda baru sahaja mengeluarkan IUCD yang telah dipasang selama 12 tahun. Anda bertukar kepada suntikan Depo-Provera dan kini mengalami masalah darah tidak berhenti keluar dari faraj selama 1 bulan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pendarahan dalah kesan sampingan pengeluaran IUCD. Ia hanya berlaku beberapa jam atau beberapa hari sahaja setelah prosedur selesai. Memandangkan IUCD anda berusia 12 tahun, kami menganggap ia adalah Paragard IUD iaitu kuprum dan bukan hormon. IUCD kuprum tidak sepatutnya menyebabkan masalah pendarahan.
Manakala suntikan Depo-Provera selalunya menyebabkan haid terhenti atau lewat. Ia mengganggu keseimbangan hormon dan kebiasaannya melewatkan haid. Perkara ini memerlukan perhatian doktor.
Pendarahan yang anda alami lebih berkemungkinan darah istihadah kerana ia berlaku di luar kitaran haid dan mungkin disebabkan oleh penyakit.
Walaubagaimanapun, perkara di atas hanyalah diagnosis umum. Kami tidak dapat memberikan rawatan serta diagnosis tepat tanpa perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta keputusan dari ujian klinikal.
Bagi rawatan serta diagnosis lebih tepat, sila rujuk perkara ini kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.