Sulit
6 tahun
Pendarahan mengandung
sy nurul berumur 29…sy nk tnya doc…sy sudah lewat period 16 hari.sy cek upt hasil ujian positif tp sy ada darah coklat di pad sy adakah itu simptom hamil atau bukan…sbb sy ada scan dlm kiraan doc 6 week tp xnpk pape…doc x boleh bg kptsan sbb antara dua period lambat@masih awal…tp sy cek di klinik ttp naik 2 line…sila bg pncerahan…tq
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pendarahan keguguran kehamilan
- Kehamilan luar rahim
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Ketumbuhan dalam ovari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























