
ekinmaliq
5 tahun
Pendarahan minggu ke 5
Sy berumur 30 thun dan skrg berkemungkinan sedang hamil ank kedua,week 5 sejak 4 hr lepas sy mengalami pendarahan seakan tisu dan darah light blood,adakah ia normal?sy cuba check upt line kedua masih samar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap kandungan anda.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan awal kehamilan. Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar menyebabkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbahaya tetapi dalam kes yang luar biasa, tisu ini boleh wujud sebagai kanser.
- Pendarahan selepas hubungan seksual
Oleh sebab anda sedang mengandung pada masa kini, jadi amatlah disarankan untuk anda mendapatkan pandangan doktor dalam hal ini.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih