
Sulit
5 tahun
Pendarahan otak ( sebab boleh terjadi pendarahan otak)
Anak saya berusia 7b. Pengsan secara tiba-tiba.mengalami pendarahan dalam otak.bengkak otak. Retina mata. Tulang spinal. Sudah meninggal dunia. Adakah ini disebabkan AVM? Adakah AVM boleh menyerang bayi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, AVM adalah juga dikenali sebagai Arterio-Venous Malformation yang mana bermaksud disini terdapat keanehan pada pembentukan saluran darah di otak.
Penyakit ini tidak “menyerang” sesiapa memandangkan ia bukan penyakit berjangkit. AVM adalah penyakit kongenital yang mana bermaksud ia adalah penyakit yang timbul sejak lahir. Pada AVM, terdapat saluran darah yang membesar dan juga yang mengecil sehingga menyebabkan terjadinya pelbagai masalah pada saluran darah. Memandangkan saluran darah boleh temukan dari otak, belakang mata, tulang dan sebagainya, masalah AVM boleh menyebabkan keluhan yang pelbagai seperti perdarahan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda digalakkan untuk merujuk bayi anda ke doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.