Sulit
4 tahun
Pendarahan ringan 11 hari
saya wanita 23 tahun semasa 8 minggu saya scan doktor cakap samar2 dan sy bersama dgn suami pada esoknya sy menglami pendarahan ringan sehingga kandungan 10 minggu sy scan baby ada jntung kaki tangan ada saya ingin tahu apa maksud pendarahan yang sedang saya alami ??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam salur kencing
- Kandungan luar rahim
- Kecederaan pada dinding faraj
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenarnya memandangkan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Sakit perut atau di kawasan ari-ari
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Air kencing bercampur darah atau/dan nanah
- Sakit kepala
- Pendarahan yang tidak berhenti
- Lemah dan lesu
- Muntah dan loya
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.






























