
Sulit
3 tahun
Pendarahan sedikit kehamilan 24 minggu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya nak tanya saya ada mengalami sedikit pendarahan seperti cecair coklat pada usia kehamilan ke 24 minggu. Apa yg perlu saya lakukan adakah ianya bahaya untuk saya dan kandungan. Saya telah berjumpa doktor diklinik tetapi masih rasa risau walaupun telah scan baby dalam keadaan okay dan sihat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Soalan anda adalah berkenaan tentang pendarahan seperti cecair coklat ketika usia kehamilan 24 minggu. And aingin mengetahui sama ada adakah ia berbahaya kepada kandungan. kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, tindakan yang anda ambil iaitu mendapatkan nasihat doktor akibat spotting pada trimester ke-2 adalah sangat bagus. Spotting kebiasaannya adalah normal pada trimester pertama.
Terdapat beberapa gejala yang berlaku bersama spotting dan memerlukan perhatian dari doktor secepat mungkin. Gejala tersebut adalah:
- sakit pada bahagian abdomen atau rahim
- pendarahan yang banyak atau mampu memenuhi satu pad penuh
- spotting selama 3 hari atau lebih
- ketulan darah yang besar
Jika anda tidak mempunyai senarai gejala di atas. Kemungkinan spotting tersebut adalah normal. Untuk pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.