Sulit
5 tahun
Pendarahan selepas 1 minggu period
Pada 11/1sy membuat hubungan intim dgn suami sy, kemudian ambil pil pencegah hamil, pada 20/1 sehingga 27/1 sy period…Dan pada 27/1 sy membuat hubungan intim kemudian ambil pil…pada 2/2 ada pendarahan pada waktu pagi…adakah sy perlu buat…perlu ke sy buat upt…berapa lama utk pendarahan ini berhenti…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, pendarahan yang sedikit ini dikenali sebagai pendarahan spotting. Terdapat pelbagai penyebab masalah ini boleh berlaku, antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- haid yang lebih panjang dan banyak
- faraj gatal dan merah
- haid tidak teratur atau lewat
- mual
- sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- berat badan bertambah
Berkenaan dengan keraguan anda mengenai kehamilan, anda disarankan untuk menjalani kehamilan untuk kepastian atau boleh melakukannya di klinik berdekatan untuk kesimpulan yang lebih tepat.
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang pendarahan spotting? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!




























