
Sulit
4 tahun
Pendarahan selepas bersama semasa hamil 17minggu
Hi. Sy wanita berusia 27 tahun sedang hamil 17 minggu. Sy mendapati ada pendarahan ketulan selepas bersama. Adakah berbahaya kepada bayi dan boleh menyebabkan keguguran? Perlu ke hospital dengan segera?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, hubungan seks adalah selamat dilakukan ketika hamil kecuali jika doktor anda tidak galakkan jika anda risiko bahaya kepada bayi dalam rahim. Namun begitu terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan pendarahan selepas bersama ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.