
Sulit
4 tahun
Pendarahan selepas mengambil suntikan perancang
Saya wanita berumur 19 tahun baru saja melahirkan anak pada bulan 8. Saya bercadang untuk merancang menggunakan suntikan depo, pada 28.09.2020 saya mengambil suntikan depo. Kemudian saya kelusr darah yang banyak sehinggakan bertukar tuala wanita setiap kali ke tandas 2jam sekali. Saya mengalami pendarahan sehingga 3 bulan, kadang kadang darah sedikit kadang kadang banyak sehinggakan terpaksa bertukar tuala wanita banyak kali. Ini adalah suntikan depo yang pertama. Soalan saya adakah normal jika saya mengalami pendarahan selama 3 bulan? Adakah saya boleh berhenti ambil suntikan deponuntuk menghentikan pendaragan yg berlaku? Apa yangbpatut saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pendarahan selepas suntikan depo.
Untuk makluman anda, suntikan depo boleh memberi kesan sampingan seperti haid tidak teratur dan lain lain:
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan antara haid
Melihat kepada situasi anda, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui kondisi sebenar anda. Hal ini kerana pendarahan yang anda alami jika benar benar memerlukan tukaran pad setiap dua jam dan pendarahan memenuhi pad, ia dianggap pendarahan yang banyak. Oleh itu, sekiranya ia masih berulang sila berjumpa dengan doktor untuk bincangkan langkah seterusnya.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.