Sulit
5 tahun
Pendarahan selepas operation buang tisu yang dijangkiti virus hpv
Saya pernah buat ujian pad smear hpv dan dijangkiti virus 16. Saya baru sahaja melakukan operation membuang sel tisu yang dijangkiti virus hpv tu pada 9/02. Soalan saya ,pada 11/02 saya mengalami pendarahan seperti period dari 11/02 sehingga sekarang. Perlu ke saya berjmpa doctor atau tunggu appointment saya pada 31/03
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda tidak perlu panik tetapi kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera kerana kami bimbang pendarahan tersebut mungkin menyebabkan anda mengalami anemia (kurang darah merah) disebabkan pendarahan yang tidak berhenti dan juga boleh menyebabkan jangkitan kuman kerana darah merupakan medium pembiakan kuman.
Berikut merupakan gejala anemia:
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Pucat
- Pitam
- Lemah dan lesu
- Pening kepala
- Sakit kepala
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang pendarahan spotting? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sila berjumpa dengan doktor juga sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Sakit ketika membuang air kencing
- Kerap membuang air kencing
- Air kencing bercampur nanah dan berbau busuk
- Pendarahan mengganggu aktiviti harian dan tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


























