
Sulit
4 tahun
Pendarahan selepas papsmear
Saya berumur 25 tahun dan sudah mempunyai seorang anak. Period terakhir saya yang terakhir adalah pada 11/7-15/7. Pada 16/7 sy sudahpun bersih. Sy diminta untuk menjalani papsmear pada 17/7. Selepas menjalani papsmear, saya mendapati terdapat sedikit darah yg keluar tetapi pada jumlah yang sedikit seperti sisa haid dan berterusan selama beberapa hari. 5 hari setelah papsmear, saya telah melakukan hubungan dengan suami. Namun selepas itu saya dapati darah kembali keluar dengan jumlah yg lebih banyak daripada sebelumnya. Mohon pencerahan doktor, Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan sedikit atau spotting selepas Pap smear adalah perkara biasa. Hal ini kerana semasa proses pengambilan sampel sel pada bahagian serviks akan diambil dan boleh menyebabkan luka den berdarah. Kebiasaannya pendarahan yang berlaku selepas prosedur pap smear adalah untuk seketika sahaja.
Pendarahan yang lebih serius jarang berlaku dan mungkin merupakan tanda masalah lain. Gejala yang berkaitan termasuk:
pendarahan yang lebih banyak besar daripada spotting biasa
kekejangan teruk
pendarahan yang berlarutan lebih daripada tiga hari
pendarahan yang menjadi lebih banyak
pendarahan yang memerlukan lebih daripada satu pad dalam satu jam
darah berwarna gelap dengan gumpalan atau darah merah yang sangat terang
Pendarahan akibat Pap smear boleh menjadi tanda banyak masalah lain, termasuk jangkitan, STI, kehamilan atau tanda barah.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.