
rahsiaok99
5 tahun
Pendarahan selepas sebulan bersaliN
Saya wanita berumur 20 tahun. Saya baru selepas bersalin anak pertama. Darah nifas dua hari banyak tapi masuk hari ke3 dah berkurang tapi masih ade sikit2. Selepas sebulan 8 hari bersalin, pendarahan banyak sampai penuh tuala wanita.dalan sehari smpai 3 4 kali tukar. Walaupun dah pakai 2 lapis. Darah warna merah terang. Macam mana ya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, memandangkan anda baru sahaja selepas melahirkan pada lebih kurang 5 minggu yang lalu, adalah digalakkan untuk anda langsung merujuk ke doktor memandangkan dikhuatiri terjadi perdarahan pasca bersalin.
Untuk info dan persoalan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.