
asyiqin8351
5 tahun
Pendarahan semasa awal kehamilan
saya sedang hamil anak kedua… megikut tarikh hari pertama terakhir period saya 15 may 2019 (9 weeks 5 day) semalam selepas bersama suami ada berlaku pendarahan, pada awalnya sedikit dan cair, saya ke klinik swasta untuk scan, doct mengatakan cuma nampak kantung sahaja dan belum nampak heartbeat baby mungkin kandungan masih baru (6 weeks). Harini bila saya buang air kecil keluar darah pekat sikit sikit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala pendarahan masa awal kehamilan yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.