
Sulit
5 tahun
Pendarahan tak teratur
Adakah penggunaan morning after pill akan menyebabkan pendarahan tak teratur?Saya dah habis period minggu lepas.Selepas tu ada ambik morning after pill.Selepas 5 hari berlaku pendarahan seperti period.Boleh doc terangkan apa yang berlaku sebenarnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan yang tidak terature ini merupakan salah satu kesan sampingan pil kecemaan (morning after pil) disebabkan oleh perubahan tahap hormon supaya tidak berhamil. Pendarahan ini adalah normal, tetapi sekiranya anda berdarah tidak terhenti-henti, anda haruslah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang selanjutnya.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.