Sulit
4 tahun
Pendarahan terlalu banyak
Saya wanita yang berumur 21 tahun ada mengambil suntikkan depo yg pertama selepas bersalin , selepas mengambil suntikkan depo itu pendarahan terjadi terlalu banyak , saya ada berjumpa dengan doktor doktor memberi ubat untuk berhenti kan pendarahan tetapi pendarahan itu tetap ada , saya ada memberi tahu bahawa saya akan berhenti mengambil suntikkan depo itu kerana pendarahan ini , bila kah pendarahan ini akan terhenti mohon pencerahan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan yang terlalu banyak selepas mengambil suntikan perancang.
Untuk makluman anda, kesan sampingan utama yang bakal dialami oleh wanita yang mengambil suntikan perancang ini ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan emosi
Berdasarkan keterangan anda, sekiranya perdarahan yang anda alami menjejaskan aktiviti anda sehingga ada berasa pening kepala dan tidak bermaya, adalah sebaiknya anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Pemeriksaan dan maklumat lanjut adalah diperlukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik!



































