Sulit
6 tahun
Pendarahan vagina yang berterusan
Saya berumur 20 tahun, dan masih belum berkahwin. Saya start period pada 24/7 dan habis pada 31/7. Akan tetapi pada 6/8 darah keluar banyak nya seperti darah period tetapi tidak berbau seperti darah period. sehingga hari ini darah masih keluar banyak. Ini kali pertama saya mengalaminya. Saya kerap batuk, tekak saya sakit dan saya pernah demam panas pada 2 ogos. Saya jadi penat dan letih setiap hari disebabkan pendarahan yg berterusan. Apakah yg perlu saya buat ye Dr?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, pendarahan haid yang berpanjangan atau berlebihan boleh disebabkan oleh:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

































