
Sulit
4 tahun
Pendarahan yang banyak dan berketul
Hai dok. Saya wanita berusia 34 tahun dan ank seorg. Saya sdah menjalani pembedahan cyst 8 bln y lalu.saya selalu sakit pada bhgian pbdahan tapi sakit x la berat sangat.saya mengalami haid y bpanjangan iaitu 4 minggu pada bulan Februari dan sakit pda bhgian pedahan.selepas 2 minggu bhenti sekarg haid datang lagi.kenapa ye…?

4 tahun
Salam sejahtera. Pendarahan banyak semasa haid (“menorrhagia”) sebenarnya merupakan masalah yang dihadapi oleh ramai wanita. Pendarahan ketika haid dianggap banyak sekiranya ia berlangsung selama >7 hari, menyebabkan tuala wanita anda dipenuhi darah setiap 1 jam selama beberapa jam, memakai >1 pad untuk mengelakkan limpahan, perlu menukar pad pada waktu malam dan pelepasan ketulan darah beku lebih besar daripada syiling bersaiz 20 sen. Kehilangan darah yang berlebihan boleh mengakibatkan anemia jenis kekurangan zat besi dan seterusnya boleh menjejaskan jantung dalam jangka masa panjang jika tidak dirawat.
Masalah anda boleh terjadi disebabkan kesan sampingan ubat yang anda ambil tetapi terdapat banyak penyakit yang boleh menyebabkan “menorrhagia” seperti:
- Fibroid atau polip: ketumbuhan bukan kanser di dalam rahim
- Adenomyosis: Lapisan dalaman rahim meresap ke dalam dinding otot rahim
- Ovulasi yang tidak teratur: Apabila ovulasi tidak berlaku, penebalan lapisan dalaman rahim anda berlaku. Pendarahan berat berlaku apabila lapisan ini dilepaskan ketika haid seterusnya. Ini boleh berlaku ketika seseorang sedang melalui menopaus ataupun akil baligh. Wanita yang mempunyai sindrom ovarium polikistik (PCOS) dan yang hipotiroid juga boleh mengalami masalah ini.
- Ubat-ubatan seperti penipis darah dan aspirin
- Alat kontraseptif intra-rahim boleh menyebabkan haid yang lebih berat pada peringkat awal selepas ia dimasukkan
- Penyakit yang menyebabkan darah sukar untuk membeku
- Endometriosis
- Kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik) atau keguguran
- Penyakit radang pelvik (Pelvic inflammatory disease)
- Kanser organ-organ reproduktif
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Gejala haid yang berketul ini selalunya hanya dikaitkan dengan dua perkara iaitu darah beku yang tertakung dalam rahim, ataupun jangkitan kuman pada rahim atau ruangan pelvis. Cebisan daging yang keluar dari rahim anda juga boleh disebabkan oleh masalah hormon yang tidak seimbang.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat. Sebelum itu, kami sarankan anda untuk mengurangkan berat badan anda dan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat bagi memastikan faktor tersebut dikecualikan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.