
shafhannashafa
5 tahun
Pendarahan yang berterusan , punca dan cara mengatasinya
Kitaran haid saya dari 25/04 - 03/05 (dlm 9hari) biasanya tiada masalah. Pada bulan januari saya ada membuat pemeriksaan pap smear kerana pada tahun lepas kitatan haid saya kadang2 agak panjang 9-12 hari. Dan resultnya baik.
Soalan saya, haid terakhir pada 03/05 tetapi pada 10/05 darah keluar sedikit dan bertambah banyak seolah2 haid pada 12/05. Boleh tolong jelaskan apakah punca berlaku pendarahan tersebut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat pelbagai punca masalah haid yang anda hadapi. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan bagi memberikan diagnosis yang tepat.
Anda mungkin menghadapi masalah haid lewat atau haid tidak teratur. Terdapat pelbagai punca masalah ini, antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat terlalu letih, tekanan, aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat.
- Masalah berat badan
- Masalah hormon tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah struktur rahin, ovari atau cerviks
- Anda juga mungkin mengandung tetapi tidak dapat dikesan oleh alat pengesan kehamilan kerana situasi seperi kendungan masih atal, kembar atau kehamilan luar rahim
Oleh itu, anda haruslah merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.