
arenasofea
4 tahun
Pendengaran tidak seimbang
Doktor ,Telinga saya sebelah kiri lubang telinga seperti sempit sedikit dan membuatkan pendengaran saya tak seimbang .Bagaimana untuk mengubati masalah telinga saya ? Terima kasih .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Hal ini kerana terdapat beberapa perkara seperti pendengaran tidak seimbang dan lubang sempit yang bersifat subjektif. Justeru, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Selain tu, terdapat pemeriksaan-pemeriksaan yang harus dilakukan sebelum mendiagnosis penyakit anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih