Sulit
4 tahun
Penerangan golongan berisiko covid-19 dan imbasan x-ray dada
Hi Dr, saya nak tahu…kalau seseorang tu pernah dijangkiti TB 11tahun lepas sihat sepenuhnya selepas tempoh rawatan, adakah dia dikira golongan high risk pada covid 19… dan x-rays dada nya adakah sama dgn x-ray pesakit covid…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kehamilan dan penyakit tibi. Berdsarakan keterangan anda, sekiranya pesakit telah disahkan sembuh sepenunya oleh doktor, maka tidak termasuk dalam golongan berisiko tinggi jangkitan covid-19 serta x-rays dadanya tidak sama dengan pesakit covid.
Namun begitu, kami percaya jika anda melakukan langkah pencegahan yang telah digariskan. Anda dapat meminimakan kebarangkalian jangkitan. Suka untuk saya tekankan berkenaan dengan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































