
Sulit
5 tahun
Penerangan mengenai kehamilan
saya wanita 25thn, baru sahaja brkahwin pda 28/9… saya dtg haid pda 29/9 - 3/9… saya mmg akan dtg haid hanya dlm 4 ke 5 hari shj. brsama dgn suami pada 4/9 shgga 6/9… kami pjj n9 dan penang… skrg, sy selalu rsa skit pinggang, berasa tidak selesa dibawah perut, pyudara nyilu dan kdg2 kencing tidak lawas… adakah betul 3 hari selepas haid adalah waktu tidak subur dan tidak akn mgndung? kami tidak mrancang utk mgandung…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, waktu subur wanita biasanya adalah dalam pertengahan kitaran. Waktu subur adalah bergantung kepada tempoh kitaran dan bukan tempoh haid. Walaupun anda mengira kitaran haid dan menjangkakan waktu subur anda belum sampai, namun jika melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan, anda masih berisiko untuk hamil. Hal ini adalah kerana, terdapat faktor lain yang mempengaruhi seperti tempoh sperma hidup selepas suami anda ejakulasi adalah antara 3-5 hari. Jadi kehamilan boleh berlaku jika anda subur pada hari-hari yang berikutnya.
Sekiranya anda mengesyaki hamil, sila lakukan (Ujian kehamilan) untuk mengetahui status anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.