
Sulit
5 tahun
PENERIMA BUAH PINGGANG PADA 5Dec2017 - Convid-19
Bagaimana saya perlu buat health screening dengan keadaan virus convid-19 ini sekarang? Adakah amat penting untuk saya sebagai penerima buah pinggang dan perlu melalui screening seperti orang normal? Perlukan nasihat kerana amat bimbing dengan kidney rejection.

5 tahun
Saya ambil maklum bahawa awak penerima buah pinggang. Anda juga berkemungkinan mengambil ubat bagi mengelakkan ‘rejection organ’. Ubat ini selalunya akan memberi impak kepada sistem imuniti anda. Oleh itu anda haruslah mengambil langkah pencegahan seperti:
Saya memahami bahawa anda mempunyai pusat perkembangan kanak-kanak dan kebanyakkan pelajar anda daripada satu sekolah yang telah ditutup kerana seorang gurunya didapati positif jangkitan Covid-19.
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan serta mendidik kanak-kanak bawah jagaan anda tentang langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Bagi melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda dan keluarga anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.Sekiranya anda dan keluarga anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini